Monday, 15 September 2014

Gambar sekitar konsert Shila Amzah di Malaysia










Jurutera ditahan berhubung isu kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Seorang jurutera ditahan di Kemaman hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata lelaki tersebut berumur 34 tahun ditahan jam 1 tengah hari.

Menurut satu kenyataan, lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok pagi. 

Setakat ini, enam orang sudah ditahan berhubung kes berkenaan, terdiri daripada lima orang guru dan seorang ejen insurans.
gambar akhbar berita harian

Mon Ryanti sah menjadi isteri kepada Mohd Hasrul Ali

Aktres dan penyampai radio Ultra.FM, Mon Ryanti atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina Lee, 26, sah menjadi isteri kepada Mohd Hasrul Ali pada malam Sabtu lalu dengan sekali lafaz.
Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar Datuk Mahat Mohd Said di Dewan Sangkar Kristal, Driving Range Golf Club, Jalan Pelangi, di Johor Bahru. Mon Ryanti menerima mas kahwin sebanyak RM515.15 dan hantaran RM20,000.
Rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran manakala pengantin perempuan membalas dengan 11 dulang. Pasangan pengantin kelihatan berseri dan sedondon mengenakan busana berwarna putih pada majlis akad nikah tersebut.
Pelakon yang kini muncul dengan filem Jin di sisi Zul Ariffin itu turut berkongsi beberapa foto menarik yang diabadikan sebaik sahaja majlis persandingan yang berlangsung hujung minggu lalu berakhir. Persalinan baju songket berwarna ungu itu menaikkan seri pengantin baru ini.




Aliff Satar selamat diijabkabul dengan Sha Dila

Hanya dengan sekali lafaz penyanyi dan pengacara, Alif Satar,24, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Sha Dila Halid, 29, di Dewan Perdana Felda Jalan Semarak, pada 11.40 pagi tadi.
Majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa Sha Dila iaitu Halid Mohamad dengan nilai mas kahwin sebanyak RM80.
Selain mas kahwin Alif juga menyerahkan wang hantaran sebanyak RM19 000 berserta 5 dulang hantaran dan dibalas dengan 7 dulang hantaran dari pihak perempuan.
Majlis nikah penyanyi dibawah naungan Sony Music Snd Bhd yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak dan rakan artis.
Antara rakan artis yang hadir adalah penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa
Sementara majlis bersanding kedua-dua belah pihak pula akan diadakan pada 20 September.

Wednesday, 10 September 2014

Pelancaran telefon pintar terbaru dari Apple iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

Apple kini melancarkan model terbaru mereka iaitu  iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. iPhone 6 Plus diperkenalkan dengan saiz skrin seluas 5.5″. Manakala skrin iPhone 6 pula bersaiz 4.5″, tetapi kedua-duanya dilengkapi dengan paparan retina HD yang lebih baik.

Walaupun rangkaian terbaru ini masih mengekalkan fungsi kamera dengan 8 megapixel, tapi ia dilengkapi dengan penstabilan imej yang leboh cool supaya gambar yang diambil sewaktu keadaan bergegar tetap berkualiti tinggi. Tambah menarik lagi, cip pemprosesan iOS 8 untuk iPhone 6 ini dikhabarkan 84 kali lebih pantas berbanding iOS 7 dalam iPhone 5S terdahulu.



Monday, 8 September 2014

Putera William dan Kate bakal menimang cahaya mata kedua

Buckingham Palace mengumumkan Putera William dan isterinya Kate, bakal menimang cahaya mata kedua.
Pasangan tersebut sangat teruja dan gembira apabila mendapat tahu bahawa Kate telah hamil anak kedua.

Anak pertama pasangan tersebut iaitu George, dilahirkan pada 22 Julai, 2013.

Menurut Clarence House, Kate kini sedang dirawat di Kensington Palace untuk morning sickness yang teruk.


Thursday, 4 September 2014

Lisa Surihani Bakal Menyanyi


Pemilihan Lisa Surihani membawakan watak sebagai Junaidah iaitu isteri pertama  P. Ramlee bagi pementasan P. Ramlee The Musical sememangnya dinantikan aktres tersebut. Walaupun ia bukan penampilan pertamanya di pentas teater, Lisa mengakui menanti tawaran ini daripada produksi tersebut.
Lisa turut melahirkan rasa kagumnya terhadap produksi ini dari segi cara kerja mereka dan setelah mendapat tawaran ini dia semakin teruja untuk menjadi sebahagian daripada team yang dikelolakan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina itu.
“Lisa memang menantikan tawaran sebegini daripada produksi Enfiniti Media Vision kerana sekian lama berharap dapat bersama menjadi sebahagian daripada sebuah team hebat.
“Melihat kepada kejayaan pementasan sebelum ini, bucket list saya yang satu ini akhirnya tertunai juga apabila diberi kepercayaan untuk watak Junaidah. Namun begitu ia juga disertakan cabaran yang berkehendakkan saya menyanyi.
“Tapi sebagaimana yang semua tahu mengenai prestasi serta cara kerja produksi ini, dibawah arahan Pat Ibrahim, saya rasa dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk menghidupkan watak Junaidah itu.
“Saya juga berharap usaha ini dapat memantapkan gaya persembahan saya untuk seiring pelakon lain dalam pementasan muzikal ini,”cerita Lisa panjang lebar tentang impiannya serta cabaran yang bakal di tempuhi menjayakan watak isteri P.Ramlee yang pertama itu.
Isteri kepada pengarah Yusry Abd Halim ini telah disarankan untuk menerbitkan sendiri karektor Junaidah itu melalui penghayatannya bersama Pat Ibrahim sepanjang latihan sebelum pementasan di langsungkan pada 3 Oktober kelak.
“Saya dah duduk berbincang  dengan Pat dan dia  memberitahu bahawa kami akan cuba tampilkan Junaidah melalui skrip yang diberi . Kami akan cari siapa Junaidah dan perkara ini mengujakan kerana saya tidak dibenarkan untuk merujuk kepada sesiapa pun untuk watak Junaidah.
“Ini kerana Pat mahu lihat bagaimana saya dapat menterjemahkan watak Junaidah itu dengan cara yang tersendiri,” jelas Lisa ketika ditemui di majlis pelancaran teater ‘P. Ramlee the Musical’ baru-baru ini.
Teater muzikal P Ramlee ini turut akan menampilkan Tiara Jacquelina, Tony Eusoff dan Nadia Aqilah. Ia akan dipentaskan pada 3 hingga 13 Oktober depan di Panggung Sari Istana Budaya. 

Akhirnya Awal dan Scha dedahkan wajah anak

Buat pertama kalinya Awal dan Scha telah mendedahkan wajah serta nama anak sulung mereka kepada umum menerusi laman Instagram masing-masing.
Foto comel bayi itu telah dimuat naik sendiri oleh Scha dengan kapsyen yang berbunyi:
“Salam Jumaat semua. Name given is Lara Alana Ahmad Awaluddin. Have a blessed Friday all 😉 #2weeks #schaalyahya #schawal #babyschawal” tulisnya kepada peminat tersayang.
Kecomelan wajah baby Lara seindah namanya iaitu Lara Alana, walaupun baru sahaja dimuat naik kira-kira 50 minit yang lalu namun foto tersebut telah mendapat sebanyak 24.9 ribu ‘like’.
Foto itu kemudiannya dikongsi oleh suaminya Awal Ashaari di laman sosialnya.
Rata-rata peminat berpuas hati dan mengaggap pasangan itu menepati janji dan tidak kurang juga ada yang memuji kecomelan anaknya yang bernama Lara Alana itu.
Terdahulu, Awal dan Scha tidak pernah mendedahkan wajah anaknya itu di mana-mana media selepas Lara selamat di lahirkan pada 22 Julai lalu.

Kenali Jenis-Jenis Bibir


Setiap orang mempunyai jenis bentuk bibir yang berbeza dan disebalik bentuk bibir ini kan, ada memberi taksiran terhadap tingkah-laku seseorang individu. Jadi, bibir manakah yang anda miliki??















Abby Abadi Temui Cinta Baru

Menerusi post Abby Abadi di Instagram miliknya dapat dilihat beliau dan beberapa orang rakan sering berbalas komen mengenai seorang jejaka atau dikenali juga sebagai Ustaz, siapakah gerangan Ustaz tersebut ya? Kalau betul Abby Abadi sudah menemui cinta baru, tahniah kami ucapkan. So, apa tunggu lagi, ramai peminat tak sabar nak tengok jejaka pilihan Abby Abadi yang dikatakan 
handsome ni.


 Dek kerana foto dan ucapan simple but sweet ni, maka ramailah peminat Abby dan juga para sahabatnya termasuklah bekas ahli kumpulan Elite, Azza turut melahirkan rasa gembira dan teruja.

Soo Wincci Belum Temui Jejaka Idaman


Selepas tiga tahun hidup tanpa cinta, penyanyi Soo Wincci yang mencipta populariti di Taiwan mengakui sesekali terbit rasa kesunyian yang tak mampu dibendung. Namun, beliau mengakui tidak mahu terlalu melayan perasaan terbabit.
Katanya, dengan membuatkan dirinya sibuk, perasaan itu sedikit sebanyak terhakis. Malah tempias gosip yang pernah mengaitkan dirinya dengan Iqram Dinzly juga tidak sekadar usikan manja.
"Tak apalah, mungkin ada hikmah juga saya tak ada kekasih. Jadi boleh fokus kepada kerjaya seni. Selagi saya tak mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia, selagi itu perjuangan saya tak akan berhenti.
"Macam saya dengan Iqram pun, kami terus berkawan baik dan belum ke tahap bercinta. Sekarang memang saya memilih untuk hidup solo. Mungkin itu yang terbaik buat sementara waktu," katanya yang ketika ini berada di Taiwan dan sempat berinteraksi menerusi aplikasi Whatsapp.
Jika Shila Amzah sedang membina nama di China, Soo pula sedang berusaha sebaik mungkin untuk menempatkan dirinya di persada seni hiburan Taiwan. Soo sudah setahun lebih berulang alik dari Malaysia ke Taiwan dalam misinya menawan negara berkenaan.
Ketika ini juga Soo sedang mempromosikan album antarabangsa keduanya di Taiwan menggunakan judul namanya sendiri. Sebanyak 10 lagu dimuatkan dan sedang memanjat carta lagu radio di sana.
"Untuk album ini kami melaburkan lebih daripada RM 1 juta. Album ini disiapkan dalam tempoh setahun termasuk mencari lagu, proses rakaman, menyiapkan klip video dan sebagainya. Antara judul lain yang dimuatkan ialah Someone Like Me, Endless Happiness, Expired Love.
"Malah ada lagu yang turut dijadikan lagu tema di Taiwan seperti You're Most Welcome. Lagu Endless Happiness juga akan dijadikan lagu tema filem mini yang dibintangi pelakon Hongkong, Daniel Chan.
"Baru-baru ini saya juga memenangi cabaran dalam pertandingan Taiwan Super Idol menyanyikan lagu Whitney Houston, I Will Always Love You. Untuk album kedua ini memang saya akan habis-habisan mempromosikannya berbanding album pertama yang dianggap sebagai pengenalan," katanya yang turut bertindak bukan saja sebagai artis tetapi sebagai pelabur dan pengarah kreatif untuk syarikat Beyond Artistes Sdn Bhd (Malaysia) dan Ocean Butterflies.
Soo menjelaskan beliau juga sedang diintai untuk membintangi sebuah filem di China dan juga Taiwan.

Yes, I Am A Former Playboy Model & Former Playboy Bunny. So, Any Problem? – Raisyyah Rania


Yesssss…I am a former Playboy model and former Playboy Bunny.
So…any problem?
No…I’m not embarrassed of my past, because without that journey in my life, I wouldn’t have realized how much more beautiful it is to cover my aurah, and how wonderful it is to have found tawbat in my heart.
You guys can go ahead and slam me with my past and for keeping some of my old modeling photos.
It is my dakwah point…that if someone like me could change for the better, so can the rest.
If you think it is “humiliating” and “disgusting” for me to do this (to keep mentioning my past and keeping my old modeling photos), don’t worry. At least it’s just me doing it, not you, because who else can do this side of the dakwah but someone with a past like mine?
How many women out there are willing to sacrifice and show their past to others in hope that it could switch on some sort of repentance in their hearts and to bring them closer to be their better selves, closer to Allah SWT?
Yes, I’m still modeling now and I’d be continuing for as long as I can as a Muslimah model and actress.
You might say it’s better for a woman (especially) to stay low profile and quit herself from the modeling/entertainment world if she is really sincere to change and be a better person, and hide her face and past from the rest of the world…but then, who is gonna continue the dakwah in this industry?
You???
Look at the greater good.
Don’t judge so shallowly.
Berikut adalah luahan Felixia Yeap kasi pada mereka yang tak henti-henti mengeji dan mengutuk penghijrahan yang dilakukan, baik daripada pegangan agamanya mahupun penampilannya.
Mungkin si gadis manis ni pun dah jelak melihat insan-insan yang terus-menerus membuat perbandingan dirinya yang dahulu dan sekarang. Yeah. Please move on haters. Rasanya apa yang diperkatakan oleh Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania ini ada asasnya. Tak patutlah kita nak mengadili seseorang menerusi kisah kehidupannya yang lalu kan.
Kan lebih baik kalau kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk saudara Muslim baru ini dan sama-sama berubah ke arah kebaikan.  Sedangkan Allah SWT pun menerima taubat umatNya, inikan kita manusia biasa.

Suami Belum Benarkan Eina Azman Pandu Camaro Sendirian


Pelakon Datin Paduka Eina Azman, 19, akui suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Hardew, 35,  belum berani membenarkannya untuk memandu kereta pemberian sempena perkahwinan mereka iaitu Chevrolet Camaro secara sendirian.
Eina Azman berkata setakat ini dia akan memandu kereta mewah bernilai kira-kira RM320,000 itu ditemani suaminya kerana masih belum membiasakan diri untuk memandu kereta jenis ‘left hand drive’.
“Saya baru sekali memandu kereta tersebut itu pun ditemani suami di sebelah tempat duduk penumpang. Sebenarnya saya memang tidak biasa memandu kereta left hand drive dan ini memang pertama kali saya pandu.
“Jadi saya juga ada sedikit kekok dan ketika memandu kelmarin saya bawa seperti tidak seimbang kiri dan kanan di atas jalan raya.
“Suami kata selagi saya belum mahir, dia tidak akan benarkan saya pandu sendirian tetapi dia akan selalu temani saya selepas ini untuk membiasakan diri memandu kereta tersebut,”.
Eina selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 31 Ogos lalu.
Pada majlis pernikahan itu, Eina menerima mas kahwin sebanyak RM770,  wang hantaran bernilai RM77,000 selain menerima kejutan daripada pihak pengantin lelaki yang turut menghadiahkan sebuah kereta jenama Chevrolet Camaro.
Eina memberitahu dia sendiri akui terkejut dan terharu kerana hanya dengan kata-katanya yang sebelum ini pernah luahkan rasa gemar akan kereta yang pernah ditonton bersama suami dalam filem Transformers itu telah menjadi miliknya kini.
“Ceritanya ketika 2 atau 3 bulan lalu, saya dan suami pergi menonton filem Transformers dan itu pertama kali saya menonton filem sekuel itu. Saya pernah beritahu suami yang saya suka dan kagum tengok kereta dalam filem itu yang boleh bertukar menjadi robot.
“Sebulan sebelum kami berkahwin, suami ada membawa saya ke kedai kereta tetapi hanya mahu menemanimnya sahaja dan di kedai kereta itu saya ternampak kereta dalam filem itu dan suami tanya adakah saya suka dengan kereta itu. Saya jawab saya suka tapi tak berani hendak memandunya kerana ianya left hand drive. Kemudian tanpa berkata apa, kami pun pulang.
“Sehari sebelum kahwin pula suami bawa kereta Camaro ini kepada saya dan dia beritahu mahu beri kejutan untuk saya sempena perkahwinan kami. Terus-terang saya tak sangka dan terharu dengan usahanya,” ceritanya.
Mengenai perkembangan lain, Eina bakal muncul dalam drama bersiri Selamat Pengantin Madu 13 episod di TV3.

Wednesday, 3 September 2014

Samsung Lancar Galaxy Note Terbaru

Pengeluar telefon bimbit terbesar dunia, Samsung Electronics Co Ltd hari ini melancarkan versi terbaharu telefon pintar, Galaxy Note.
Lebih menarik saiz telefon pintar ini tidak semakin besar, sebaliknya salah satu daripadanya mempunyai paparan tepi untuk akses pantas kepada lampu suluh, Twitter, berita dan aplikasi yang kerap digunakan.
Pelancaran Galaxy Note Edge diumumkan pada pameran perdagangan di sini hari ini bersama-sama telefon Galaxy Note 4 terbaharu tanpa paparan tepi dan fon kepala diberi nama Gear VR.
Kesemua produk terbaharu itu dijangka berada di pasaran pada Oktober depan iaitu ketika musim cuti membeli-belah dan menyasarkan untuk bersaing dengan keluaran terbaharu Apple, iPhone yang dijangka diumumkan pada minggu depan. 
Galaxy Note 4

Galaxy Note Edge

Gaduh dengan kekasih punca gadis berusia 21 tahun ingin terjun bangunan

Seorang gadis berusia 21 tahun bertindak gila cuba terjun dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Jalan Loke Yew.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, gadis terbabit dikatakan bertengkar dengan kekasihnya yang tinggal di pangsapuri sama.
Tindakan gadis itu duduk di atas balkoni dalam keadaan kaki terjuntai menyebabkan penduduk di kawasan itu cemas sebelum segera menghubungi pihak bomba dan penyelamat.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah Mohd Rafie Kusni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.25 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Masalah komunikasi menjejaskan sedikit usaha kami memujuk mangsa kerana dia tidak faham bahasa Malaysia sebelum teman lelakinya datang untuk membantu.
“Kami mengambil masa lebih 10 minit untuk memujuknya turun sambil dibantu teman lelakinya itu.
Mangsa akhirnya membatalkan hasrat untuk membunuh diri,” katanya.Difahamkan, mangsa berselisih faham dengan teman lelakinya sebelum cuba bertindak untuk terjun dari bangunan terbabit.Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Tuesday, 2 September 2014

Ratu cantik enggan pulangkan mahkota

 

Ratu Cantik Myanmar yang ditarik balik gelarannya berkata, beliau tidak akan memulangkan mahkota bernilai $100,000 (RM316,000) sehingga penganjur pertandingan itu meminta maaf kerana menggelar beliau penipu dan pencuri. Pemenang Ratu Asia Pasifik Dunia 2014, May Myat Noe, menegaskan dalam sidang akhbar hari ini beliau tidak melakukan sebarang kesalahan. Beliau menafikan melakukan pembedahan membesarkan payu dara, seperti didakwa pengarah media bagi pertandingan di Korea Selatan itu, David Kim. Katanya, pembedahan disediakan secara percuma untuk membantu meningkatkan kemasyhuran Noe. Kim berkata, gelaran remaja berkenaan ditarik balik kerana beliau tidak jujur dan tidak berterima kasih dan melarikan diri dengan mahkota itu. Noe berkata, beliau menaiki pesawat kembali ke Myanmar tanpa menyedari gelarannya sudah ditarik balik. 

Thursday, 7 August 2014

Wardina Safiyyah saran artis Malaysia untuk menamatkan kontrak dengan sebarang 'jenama' yang membantu Israel



Jika sebelum ini Afdlin Shauki ada berkongsi pendapat dan tentang boikot, pengacara Wardina Safiyyah juga ada cadangan yang tersendiri sebagai tanda protes.
Baru-baru ini di laman Facebook miliknya, Wardina telah memuat naik status yang menyeru agar semua artis di Malaysia menamatkan kontrak dengan sebarang jenama yang membantu Israel, sama ada secara langsung ataupun tidak.
"Spread this... Enough silence. Panggilan buat semua artis Malaysia untuk menamatkan kontrak dengan sebarang 'jenama' yang membantu Israel secara langsung atau tidak langsung membunuh saudara kita seperti binatang. Yes even if they pay a lot... panggilan buat semua peminat memberi tekanan kepada artis kegemaran mereka memboikot menjadi duta produk yang bersangkutan dengan Israel. Panggilan untuk saya juga. We end this here. Bungkus balik your company and go back to where you belong not here..Not in our name..not on our land.. we don't need you....we don't want you. YOU need us. Cukuplah jadi bahan media..terpujuk dan tertipu dengan iklan mereka. I should know.. We can do this Malaysia..."
Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh Wardina walaupun masih ada juga segelintir yang mempersoalkan kerasionalan untuk memboikot produk daripada jenama Israel.

Album Fragmen Dato’ Siti Nurhaliza Terima Anugerah Platinum


BIT mengucapkan tahniah kepada Dato’ Siti Nurhaliza iaitu kerana album beliau yang berjudul Fragmen telah menerima Anugerah Platinum apabila jualan album tersebut mencecah 5,000 unit dalam masa seminggu dikeluarkan.

Siti Nurhaliza berkata dia gembira dan bersyukur kerana dapat memenuhi impian peminat-peminatnya yang selama ini menantikan buah tangan darinya.
“Alhamdulillah, saya kira ini satu pencapaian yang baik dalam perkembangan karier saya. Sebenarnya peminat sudah lama menunggu album baru saya ini kerana mereka sering bertanyakan bila album saya mahu keluar.
“Saya juga selalu memberikan beberapa teaser di laman sosial Instargam kepada mereka supaya keterujaan mereka itu meningkat.
“Malah, saya sudah nampak menerusi dua single yang saya sudah keluargkan iaitu Lebih Indah dan Jaga Dia Untuk Ku sudah mendapat sambutan yang baik,” katanya kepada murai.com.my
Mengulas mengenai albumnya, Siti memberitahu dia mengambil masa yang agak lama dan sukar untuk memilih lagu-lagu sebelum hanya 9 hanya lagu dimuatkan dalam albumnya.
“Proses untuk mengumpulkan lagu mengambil masa tiga bulan. Saya dapat lebih kurang dalam 40 buah lagu. Selepas semua lagu menjalani proses penilaian bersama dengan saya, Universal Music dan pihak Siti Nurhaliza Productions sendiri, sembilan lagu dipilih untuk dimuatkan dalam Fragmen.
“Selain itu, ada tiga lagu dipilih menerusi Bengkel Cipta MACP iaitu lagu Sanubari, Mula dan Akhir dan Terbaik Bagimu,” katanya lagi.
Hampir kesemua lagu diterbitkan dan disusun muziknya oleh Aubrey Suwito dan selebihnya adalah buah tangan penerbit yang pertama kali bekerjasama dengan Siti seperti Faizal Tahir, Mike Chan untuk lagu Aku dan Ade Govida (Indonesia) untuk lagu 'Terbaik Bagimu. Ketua Operasi Domestik Universal Malaysia, Mujahid Abd Wahab pula bertindak sebagai penerbit untuk lagu Sanubari.

Wednesday, 6 August 2014

Melly Goeslow Tekad Untuk Berhijab


Satu-demi satu selebriti wanita Malaysia kita telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan berhijab pada bulan Ramadhan. Antaranya ialah Neelofa, Ana Dahlia, Emma Maembong serta Ziana Zain.

Biarpun ada segelintir pihak telah mempertikaikan keputusan yang diambil mereka itu, namun tidak kurang juga yang menyokong, malah rata-rata menyuarakan rasa gembira melihat perubahan yang dibuat oleh mereka itu.


Tidak terkecuali selebriti wanita di Indonesia juga nampaknya  turut mempunyai keinginan yang sama. Salah seorang daripada ialah Melly Goeslow. Penulis lirik terkemuka ini secara diam-diam telah mula berhijrah dan berhijab sejak beberapa hari yang lalu. Tidak pasti apa yang membuatkan Melly Goeslow mula berhijrah serta berhijab tapi mungkin ini ada kaitan dengan hikmah lebaran.

Fesyen Baju Raya Artis di Malaysia

Tak kira selebriti wanita mahupun lelaki, masing-masing tidak mahu kalah gaya dengan persalinan hari raya masing-masing yang telah direka oleh pereka fesyen kegemaran masing-masing
Tiga selebriti popular senior iaitu Ning Baizura, Erra Fazira dan Dato Siti Nurhaliza nampaknya telah memilih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini sebagai persalinan pada pagi lebaran lalu.
Reka bentuk pakaian yang disarungkan mereka telah dikongsikan ketiga-tiga artis berkenaan di laman Instagram masing-masing dan telah mendapat pujian ramai daripada peminat mereka.
Tiga selebriti kacak iaitu Arja Lee, Dafi dan Karl Shafek telah mempamerkan persalinan Baju Melayu masing-masing yang telah dipakai pada awal Syawal lalu.
Berbanding Dafi dan Karl Shafek, pelakon Arja Lee nampaknya lebih selesa dengan Baju Melayu Teluk Belanga yang telah digayakan bersama-sama dua saudara lelakinya.
Fesyen Syawal selebriti tanah air menjadi lebih bermakna apabila seisi keluarga telah memilih rona atau rekaan yang sama sebagaimana yang ditunjukkan oleh adik beradik Elfira Loy, keluarga Fathia Latiff, Lisa Surihani.
Cukup menarik kerana Fathia Latif bersama adik-beradik dan ibunya telah memilih rekaan jubah yang memiliki citarasa Timur Tengah dengan permainan warna ceria dan lengkap bertudung litup.
Pelakon cantik manis, Hanis Zalikha turut berkongsi dua persalinan hari raya miliknya yang telah direka dari rumah fesyen Mimpi Kita dan tidak ketinggalan Melinda Looi.
Mari kita lihat fesyen selebriti popular tanah air ketika meraikan Aidilfitri baru-baru ini.
Dato' Siti Nurhaliza

Keluarga Elfira Loy
Hanis Zalikha
Keluarga Fathia Latiff
Adik beradik Dafi
Fara Fauzana
Lisa Surihani & Yusry KRU
Arja Lee
Karl Shafek
Erra Fazira

Amber Chia
Siti Saleha
Nora Danish
Rozita Che Wan & Zain Saidin
Ning Baizura

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...