Thursday, 7 August 2014

Album Fragmen Dato’ Siti Nurhaliza Terima Anugerah Platinum


BIT mengucapkan tahniah kepada Dato’ Siti Nurhaliza iaitu kerana album beliau yang berjudul Fragmen telah menerima Anugerah Platinum apabila jualan album tersebut mencecah 5,000 unit dalam masa seminggu dikeluarkan.

Siti Nurhaliza berkata dia gembira dan bersyukur kerana dapat memenuhi impian peminat-peminatnya yang selama ini menantikan buah tangan darinya.
“Alhamdulillah, saya kira ini satu pencapaian yang baik dalam perkembangan karier saya. Sebenarnya peminat sudah lama menunggu album baru saya ini kerana mereka sering bertanyakan bila album saya mahu keluar.
“Saya juga selalu memberikan beberapa teaser di laman sosial Instargam kepada mereka supaya keterujaan mereka itu meningkat.
“Malah, saya sudah nampak menerusi dua single yang saya sudah keluargkan iaitu Lebih Indah dan Jaga Dia Untuk Ku sudah mendapat sambutan yang baik,” katanya kepada murai.com.my
Mengulas mengenai albumnya, Siti memberitahu dia mengambil masa yang agak lama dan sukar untuk memilih lagu-lagu sebelum hanya 9 hanya lagu dimuatkan dalam albumnya.
“Proses untuk mengumpulkan lagu mengambil masa tiga bulan. Saya dapat lebih kurang dalam 40 buah lagu. Selepas semua lagu menjalani proses penilaian bersama dengan saya, Universal Music dan pihak Siti Nurhaliza Productions sendiri, sembilan lagu dipilih untuk dimuatkan dalam Fragmen.
“Selain itu, ada tiga lagu dipilih menerusi Bengkel Cipta MACP iaitu lagu Sanubari, Mula dan Akhir dan Terbaik Bagimu,” katanya lagi.
Hampir kesemua lagu diterbitkan dan disusun muziknya oleh Aubrey Suwito dan selebihnya adalah buah tangan penerbit yang pertama kali bekerjasama dengan Siti seperti Faizal Tahir, Mike Chan untuk lagu Aku dan Ade Govida (Indonesia) untuk lagu 'Terbaik Bagimu. Ketua Operasi Domestik Universal Malaysia, Mujahid Abd Wahab pula bertindak sebagai penerbit untuk lagu Sanubari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...