Aktres dan penyampai radio Ultra.FM, Mon Ryanti atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina Lee, 26, sah menjadi isteri kepada Mohd Hasrul Ali pada malam Sabtu lalu dengan sekali lafaz.
Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar Datuk Mahat Mohd Said di Dewan Sangkar Kristal, Driving Range Golf Club, Jalan Pelangi, di Johor Bahru. Mon Ryanti menerima mas kahwin sebanyak RM515.15 dan hantaran RM20,000.
Rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran manakala pengantin perempuan membalas dengan 11 dulang. Pasangan pengantin kelihatan berseri dan sedondon mengenakan busana berwarna putih pada majlis akad nikah tersebut.
Pelakon yang kini muncul dengan filem Jin di sisi Zul Ariffin itu turut berkongsi beberapa foto menarik yang diabadikan sebaik sahaja majlis persandingan yang berlangsung hujung minggu lalu berakhir. Persalinan baju songket berwarna ungu itu menaikkan seri pengantin baru ini.
No comments:
Post a Comment