Thursday, 7 August 2014

Wardina Safiyyah saran artis Malaysia untuk menamatkan kontrak dengan sebarang 'jenama' yang membantu Israel



Jika sebelum ini Afdlin Shauki ada berkongsi pendapat dan tentang boikot, pengacara Wardina Safiyyah juga ada cadangan yang tersendiri sebagai tanda protes.
Baru-baru ini di laman Facebook miliknya, Wardina telah memuat naik status yang menyeru agar semua artis di Malaysia menamatkan kontrak dengan sebarang jenama yang membantu Israel, sama ada secara langsung ataupun tidak.
"Spread this... Enough silence. Panggilan buat semua artis Malaysia untuk menamatkan kontrak dengan sebarang 'jenama' yang membantu Israel secara langsung atau tidak langsung membunuh saudara kita seperti binatang. Yes even if they pay a lot... panggilan buat semua peminat memberi tekanan kepada artis kegemaran mereka memboikot menjadi duta produk yang bersangkutan dengan Israel. Panggilan untuk saya juga. We end this here. Bungkus balik your company and go back to where you belong not here..Not in our name..not on our land.. we don't need you....we don't want you. YOU need us. Cukuplah jadi bahan media..terpujuk dan tertipu dengan iklan mereka. I should know.. We can do this Malaysia..."
Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh Wardina walaupun masih ada juga segelintir yang mempersoalkan kerasionalan untuk memboikot produk daripada jenama Israel.

Album Fragmen Dato’ Siti Nurhaliza Terima Anugerah Platinum


BIT mengucapkan tahniah kepada Dato’ Siti Nurhaliza iaitu kerana album beliau yang berjudul Fragmen telah menerima Anugerah Platinum apabila jualan album tersebut mencecah 5,000 unit dalam masa seminggu dikeluarkan.

Siti Nurhaliza berkata dia gembira dan bersyukur kerana dapat memenuhi impian peminat-peminatnya yang selama ini menantikan buah tangan darinya.
“Alhamdulillah, saya kira ini satu pencapaian yang baik dalam perkembangan karier saya. Sebenarnya peminat sudah lama menunggu album baru saya ini kerana mereka sering bertanyakan bila album saya mahu keluar.
“Saya juga selalu memberikan beberapa teaser di laman sosial Instargam kepada mereka supaya keterujaan mereka itu meningkat.
“Malah, saya sudah nampak menerusi dua single yang saya sudah keluargkan iaitu Lebih Indah dan Jaga Dia Untuk Ku sudah mendapat sambutan yang baik,” katanya kepada murai.com.my
Mengulas mengenai albumnya, Siti memberitahu dia mengambil masa yang agak lama dan sukar untuk memilih lagu-lagu sebelum hanya 9 hanya lagu dimuatkan dalam albumnya.
“Proses untuk mengumpulkan lagu mengambil masa tiga bulan. Saya dapat lebih kurang dalam 40 buah lagu. Selepas semua lagu menjalani proses penilaian bersama dengan saya, Universal Music dan pihak Siti Nurhaliza Productions sendiri, sembilan lagu dipilih untuk dimuatkan dalam Fragmen.
“Selain itu, ada tiga lagu dipilih menerusi Bengkel Cipta MACP iaitu lagu Sanubari, Mula dan Akhir dan Terbaik Bagimu,” katanya lagi.
Hampir kesemua lagu diterbitkan dan disusun muziknya oleh Aubrey Suwito dan selebihnya adalah buah tangan penerbit yang pertama kali bekerjasama dengan Siti seperti Faizal Tahir, Mike Chan untuk lagu Aku dan Ade Govida (Indonesia) untuk lagu 'Terbaik Bagimu. Ketua Operasi Domestik Universal Malaysia, Mujahid Abd Wahab pula bertindak sebagai penerbit untuk lagu Sanubari.

Wednesday, 6 August 2014

Melly Goeslow Tekad Untuk Berhijab


Satu-demi satu selebriti wanita Malaysia kita telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan berhijab pada bulan Ramadhan. Antaranya ialah Neelofa, Ana Dahlia, Emma Maembong serta Ziana Zain.

Biarpun ada segelintir pihak telah mempertikaikan keputusan yang diambil mereka itu, namun tidak kurang juga yang menyokong, malah rata-rata menyuarakan rasa gembira melihat perubahan yang dibuat oleh mereka itu.


Tidak terkecuali selebriti wanita di Indonesia juga nampaknya  turut mempunyai keinginan yang sama. Salah seorang daripada ialah Melly Goeslow. Penulis lirik terkemuka ini secara diam-diam telah mula berhijrah dan berhijab sejak beberapa hari yang lalu. Tidak pasti apa yang membuatkan Melly Goeslow mula berhijrah serta berhijab tapi mungkin ini ada kaitan dengan hikmah lebaran.

Fesyen Baju Raya Artis di Malaysia

Tak kira selebriti wanita mahupun lelaki, masing-masing tidak mahu kalah gaya dengan persalinan hari raya masing-masing yang telah direka oleh pereka fesyen kegemaran masing-masing
Tiga selebriti popular senior iaitu Ning Baizura, Erra Fazira dan Dato Siti Nurhaliza nampaknya telah memilih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini sebagai persalinan pada pagi lebaran lalu.
Reka bentuk pakaian yang disarungkan mereka telah dikongsikan ketiga-tiga artis berkenaan di laman Instagram masing-masing dan telah mendapat pujian ramai daripada peminat mereka.
Tiga selebriti kacak iaitu Arja Lee, Dafi dan Karl Shafek telah mempamerkan persalinan Baju Melayu masing-masing yang telah dipakai pada awal Syawal lalu.
Berbanding Dafi dan Karl Shafek, pelakon Arja Lee nampaknya lebih selesa dengan Baju Melayu Teluk Belanga yang telah digayakan bersama-sama dua saudara lelakinya.
Fesyen Syawal selebriti tanah air menjadi lebih bermakna apabila seisi keluarga telah memilih rona atau rekaan yang sama sebagaimana yang ditunjukkan oleh adik beradik Elfira Loy, keluarga Fathia Latiff, Lisa Surihani.
Cukup menarik kerana Fathia Latif bersama adik-beradik dan ibunya telah memilih rekaan jubah yang memiliki citarasa Timur Tengah dengan permainan warna ceria dan lengkap bertudung litup.
Pelakon cantik manis, Hanis Zalikha turut berkongsi dua persalinan hari raya miliknya yang telah direka dari rumah fesyen Mimpi Kita dan tidak ketinggalan Melinda Looi.
Mari kita lihat fesyen selebriti popular tanah air ketika meraikan Aidilfitri baru-baru ini.
Dato' Siti Nurhaliza

Keluarga Elfira Loy
Hanis Zalikha
Keluarga Fathia Latiff
Adik beradik Dafi
Fara Fauzana
Lisa Surihani & Yusry KRU
Arja Lee
Karl Shafek
Erra Fazira

Amber Chia
Siti Saleha
Nora Danish
Rozita Che Wan & Zain Saidin
Ning Baizura

Nora Danish Artis Pertama Malaysia mempunyai followers Instagram 1 Juta


Pengikut Instagram pelakon, Nora Danish kini sudah cecah 1 juta! Wah memang ramai peminat Nora Danish ni dan beliau merupakan artis pertama Malaysia yang mempunyai followers paling ramai di Instagram.
Yelah, siapa yang tidak mahu mengikuti artis tercomel di Malaysia ni kan. Malah Nora pula memang antara artis yang cukup aktif mengemas kini akaun Instagram miliknya dengan pelbagai fotonya seharian.
Nora yang menyedari hal itu bagaimana pun mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengikutnya dalam satu post di Instagram miliknya.
Tapi rasa sebenarnya pengikutnya di Instagram tu boleh jadi ramai lagi kalau dia tidak blocked seperti yang dia dakwa sebelum ini atas sebab beberapa gangguan seperti insta jual dan sebagainya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...